Saturday, August 18, 2012

Tarbiyyah akhir Ramadhan..


BismilLah~

       Cahaya.. aq memerlukan cahaya itu..Untuk membimbing aku saat aq jatuh..aq lemah tanpa cahaya..dalam kegelapan aq menangis..dalam kegelapan aq rapuh..dalam kegelapan aq hanyut..dan tika ujian-Mu datang bertubi-tubi, aq masih dalam kegelapan..tidak dapat membimbing diriku sendiri..Ku sangka, tangisan dapat mengeluarkan aq daripada kegelapan itu..tapi tidak!! Hinggalah ujian itu mngetuk pintu aq semula..untuk kmbali semula kepada-Nya..lalu ku amati ayat ini..

"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (al-Baqarah:155)

       Dalam muhasabah, aq kenangi kegelapan lampau.. mampukah aq istiqomah?? rindu..sangat sukar di gambarkan..adakalanya, sangat sukar untuk aq melupakan rindu itu..rindu pada kegelapan silam..namun, untuk mencapai cahaya itu, aq perlu tinggalkan kegelapan silam..ya..abaikan rindu itu..meski sukar untuk dikikis..tetapi, aq mahu istiqomah dalam mencari keredhaan-Mu.. lantas ku petik maksud sepotong ayat dari al-Quran yang menegurku secara halus..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengtahui." (al-Baqarah:216)

       Aq sedar..proses terbiyyah hati bukanlah mudah bagiku..aq prlukan bimbingan..agar tidak jatuh semula ke dalam tangisan yang sia-sia..tidak terjatuh kedalam kgelapan yang sama..lalu ku sisipkan doa ini ke dalam hatiku..

Wahai Tuhanku, kurniakanlah ketaqwaan kepada diriku, engkaulah Tuan dan Pemiliknya, dan engkaulah sebaik-baik yang membersihkan.

       Janji itu akan ku kotakan..kerana janji itu yang mendorong aq utk brubah..menjadi seindah mawar berduri yang dijaga rapi..bila tiba masanya..bukan aq yang menentukan..kerana aq ada DIA..yang mengtahui apa yang paling terbaik untukku..aq cuma perlu brdoa, sabar dan tawakkal..krana aq tahu..setiap ujian ada hikmahnya~ =)

~Ya muqallibalqulub, thabbit qulubana alaa diinik (maksud: Ya Allah yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati kami ini diatas jalan agama-Mu)~

~Amin Ya Robb~ :')


No comments:

Post a Comment