Monday, May 13, 2013

Aurat Muslimat??Hmm...

~Bismillahirahmanirahim~
~Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~
Bila bercakap-cakap dengan sahabat-sahabat mahasiswi, kerap kali topik aurat yang selalu diperkatakan..Bila ditanya tentang aurat pada mereka, saya pasti mereka dapat menjawabnya dengan tepat..

Saya: Awak tahu tak batas-batas aurat bagi lelaki dan perempuan?? 
X: Tahu..kalau lelaki, dari pusat hingga ke lutut..kalau perempuan pula, semua anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
Haa..mestila tahu kan..dah lama dah kita blajar pasal aurat neh..Kalau saya, mak abah saya dah tekankan bab aurat dari saya kecik lagi..dan saya dapat pelajaran formal pasal aurat ketika di tadika..Tapi..kadang-kadang tu, hairan juga bila mana saya lihat, aurat sekarang macam di pandang sebelah mata sahja..

"Tak takut ke dengan api neraka??"

Huu..Seram la kepada sesapa yang jawab 'tak' tu.. nauzubillahiminzalik~ Minta dijauhkan..Bercakap pasal aurat..saya hairan dengan mereka-mereka diluar sana..mereka faham bab aurat tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna..oke..oke..Mula-mula, kita bercakap pasal tudung..tak kesah la korang nak pakai tudung apa sekalipun, dengan syarat, 4 perkara nie kena ikut..

First: Mesti TUTUP DADA..
Second: TAK NIPIS..
Third: LONGGAR dan TIDAK MENAMPAKKAN SEBARANG BENTUK BADAN..
Forth: xde la 'BONGGOL UNTA' ye..
Dengan 4 syarat neh, terpulang la kat awak-awak semua nk pakai apa..Pashmina ke, tudung Syiria ke, Tudung tribal ke, tudung bawal ke, tedung mesir ke, shawl ke, telukung ke, langsir ke, tudung saji ke..bla..bla..bla..oke..oke..itu semua mengarut.. -_-"

Kemudiannya, nk cakap pasal stoking..sama ada stoking tangan mahupun stoking kaki, dua-dua penting..Stoking tangan a.k.a. hand socks selalu saya perhatikan bagaimana penggunaannya.. Sebenarnya, hand socks nie dipakai dengan baju lengan panjang yang longgar-longgar..bukan dipakai dengan baju lengan pendek..haihh..jangan salah guna ye..

Awak kata awak dah tutup aurat bila awak pakai hand socks dengan baju lengan pendek, tapi awak dah silap..tu bukan tutup aurat..tu BUNGKUS AURAT..tutup aurat tu xnk bagi nampak bentuk badan la awak.. :)

Stoking kaki pun satu hal..raaaammmaiii la sangat wanita-wanita diluar sana yang x kesah pun pasal aurat kaki..awak..aurat tetap aurat awak..mana boleh pilih-pilih nk tutup yang suka sahaja..serupa bila mana kita diperintahkan untuk solat..mana boleh pilih-pilih solat yang awak minat sahaja..oleh sebab subuh dengan maghrib bilangan rakaat dye singkat, jadi awak solat 2 waktu tu shja..cannot la awak..berdosa..Kena la full 5 waktu.. :)

Perbincangan aurat muslimat yang seterusnya adalah........??? Cara Pemakaian baju..  
"Baju menutup aurat x ikut trend semasa.."
ooohhhh nooo....jangan la kata gitu awak weyhh...pi cari betul-betul..awak yang tak jumpa lagi kodd baju-baju yang menutup aurat yang boleh ikut trend-trend semasa..tapi kan, sebaik-baik wanita adalah mereka yang tak dipandang tau..Awak pakai jubah pun cantik je..dah dapat cover semua anggota badan..buat apa la awak nk ikut sangat trend-trend neh..takut pula jadi perhatian kaum berlainan jantina..ye dokk??hehe..

Baju pastikan longgar..x nipis, x jarang, x transparent.. (sama maksud kodd tiga-tiga tuh..huhu.. -_-) Baju x boleh menyerupai agama lain..Baju yang elok adalah baju yang labuh yang boleh menutup peha awk tuhh.. :)
haa...baju yang x menjolok mata, orang pandang pun tenang saja..weee~~

Last, pasal seluar..perhatian untuk awak-awak semua..

"Leggings itu bukan sejenis seluar!!"

Malu la awak bila saya tengok prempuan jadikan leggings sebagai seluar..Serius malu weyh.. -_-" mengarut giler rasa..macam nk sedekah je kain panjang kat depa-depa neh..dan lebih memalukan lagi bila yang pakai tu jenis yang dah berumur..Allah..x tw nk kata..semoga hidayah sampai kat depa-depa tu..aamiin..huhu..
Berbalik kepada topik kita..seluar yang bagus adalah seluar yang x mengikut bentuk kaki..awak suka pakai seluar jeans??pakai la yang longgar..x yah la beli yang jenis skinny jeans tu..tu adik beradik leggings tu..

Nk lagi bagus beli seluar slack..haa..yang tu oke..tapi awak, dapat pakai kain lagi oke..siapa-siapa yang suka pakai kain yang jenis kembang-kembang tu,dinasihatkan untuk pakai skali kain dalam ye..selalunye kain jenis macam tu jarang sikit..konon-konon nk tutup aurat, tp bila kena cahaya jd x tertutup pulak aurat nye sebab bentuk kaki nampak..bila masuk tempat gelap, aurat tertutup pulak..adeh..main-main ea??pakai la kain dalam ye..selamat... 

Sebelum terlupa, saya nk keluarkan kehairanan yang saya nampak neh..Adakah pemakaian tudung berserta t-shirt lengan pendek beserta dengan rambut dibiarkan mengurai keluar dari belakang tudung dikatakan menutup aurat?? Saya saaannngattt x puas hati bila makin lama makin ramai remaja-remaja perempuan ikut gaya begitu..sangat x patut dan annoying..jangan la nak kata..

"Sekurang-kurangnya saya pakai tudung.."
 Kalau lah awak nampak api neraka tu macam mana..Allah..mesti awak menggeletar takut sangat sekarang neh..Awak..jangan la ikut trend-trend yang begitu..X bagi apa-apa faedah pun.. Jom sama-sama berubah ye..biar berubah sedikit-sedikit yang penting istiqomah (berkekalan)~

Lastly but not Least~

Saya menyokong kempen 'JOM TUTUP AURAT' yang telah dilakukan oleh penaislah.blogspot.com..Meh la singgah-singgah blog neh..Banyak ilmu yang boleh dapat..ada poster-poster yang menarik..banyak lagi..bukan pasal aurat sahaja tau!! Like dan share!! ^_^ 

Semoga entri kali neh memberi manfaat.. insyaAllah.. Trimas meluangkan masa untuk membaca..JZZK~ 

~Assalamualaikum~