Friday, November 30, 2012

Allah..Lemahnya aku~ :'/



Bismillahirahmanirahim..

"Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Sujud syukur pada-Mu Ya Allah.." Aq hampir2 saje berputus asa.. :') 3 kali ujian yang sama berlaku kat aq. Ternyata sgt2 menguji kesabaran. Aq diberi tugasan oleh mak untuk menyiapkan design banner tadika menggunakan perisian adobe photoshop. Mulanya berjalan dgn sedikit lambat bilamana aq kekurangan idea untuk design reka letak banner. Lantas aq berdoa.. "Ya Allah..Permudahkanlah segala urusanku..Berilah aq ilham untuk aku selesaikan tugasan ini..Aamiin Ya Robb." 
Alhamdulillah Allah perkenankan doa aq. Lantas aq mulakan langkah pertama dgn mencari gambar2 yg diperlukan. (Google jea kodd~ ^_^) Ujian pertama bermula dimana laptop aq tiba2 'jammed'. Aq buntu. Terus aq 'shut  down' laptop tanpa 'save' hasil kerja yang dah buat. Dalam hati aq kata "Mujur gambar yang di perlukan dah save. Esok lah 'start' balik dari awal." Ujian pertama masih x menggoyahkan kesabaranku.
Keesokkannya, aq 'start' balik design dari awal. Beberapa jam kemudian, laptop kembali 'jammed'. Aq mengeluh perlahan. Kemudian aq terdiam dan berfikir.. "ini adalah salah satu ujian Allah. Alhamdulillah.. Sekurang2nya sempat 'save' proses sebelumnya." Aq masih boleh bersabar walaupun sedikit sebanyak mula menggoyahkn kesabaran. Seperti sebelum ini, aq lantas 'shut down' laptop dan berazam utk siapkan keseluruhan tugasan pada keesokkan hari.
Keesokkannya, pagi2 lagi mak dah tanya tentang design banner tersebut. Mak percaya aq boleh siapkan banner dalam masa yg singkat. Selepas sedikit pencerahan, mak memahami situasi aq. "Alhamdulillah.." Hari ini merupakan 'due date' utk mak hantar design tersebut ke kedai pencetak. Hal ini juga bermakna aq wajib siapkan hari ini juga.
Permulaan kerja berjalan dengan baik. Selama beberapa jam berlalu, laptop aq masih tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif. Sampai kepada proses terakhir iaitu 'save'. Waktu maghrib hampir tiba. Aq terus tekan 'save' tanpa menunggu proses 'save' itu selesai kerana aq mahu berjemaah dengan keluargaku. Seusai solat, terus aq kembali ke bilik untuk memastikan proses 'save' tersebut berjaya. Yup!! Untuk kali ketiga dia 'jammed' disitu..bermakna, proses 'save' x berlaku langsung..
Aq ada lagi 2 jam setengah sebelum kedai tutup.. Aq buntu. Terus aq rebahkan badan ke katil. "Ya Allah.. Aq nak tolong mak Ya Allah.. Aq nak mudahkan kerja dia Ya Allah.. :'( Ujian apa yang Kau cuba uji aq Ya Allah?? Ya Allah.. bantu aq Ya Allah.. Permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Berilah aq kesabaran Ya Allah.." Tanpa aq sedar, aq telah mengeluh dalam berbicara.. Aq mengeluh kepada Robb pemberi rezeki..Aq mengeluh kepada Robb yg memberi aq peluang utk bernafas hingga hari ini..Aq mengeluh kepada Robb yg mengawal putaran siang dan malam..Aq mengeluh kepada Robb yg menciptakan alam ini..
Allah..betapa lemahnya iman aq tika ini..Dengan ujian yg sangat kecil ini, kesabaranku sudah mula goyah!! Air mata mengalir ke pipi.."Ya Allah..bantulah aq..bantulah aq..bantulah aq....Permudahkanlah segala urusanku.." 
Tanpa aq sedar, aq terlelap. Mungkin kerana keletihan..Beberapa minit kemudian, aq terjaga. Alhamdulillah belum isyak. Aq kembali ke laptop yg tidak ditutup sajak tadi. "Perjuangan mesti diteruskan.." Dengan harapan segala hasil kerja2 ku x hilang, aq mulakan dengan "bismillah.."
Alhamdulillah..laptop berfungsi degan baik selepas beberapa minit Allah rehatkan fikiran ku.. :') Kesemua hasil2 kerja yg aq lakukan x terusik..Selepas melakukan beberapa 'final touch up', aq terus 'save' hasil kerja tersebut dalam format adobe dan JPEG. Alhamdulillah..Kau terima doaku Ya Allah..Solat isyak berjemaahku terasa pilu..Baru aq sedar betapa lemahnya iman aq saat diuji. Dan lebih pilu lagi bilamana aq sedar bahawa ujian yg Allah turunkan kepdaku baru tahap 'menjentik' sahaja. "Ya Allah.. jgnlah Kau bebankan ke atas ku, bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan ke atas orang2 yg terdahulu daripadaku.." Air mataku sekali lagi mengalir.."Ampunkan aq Ya Allah..Ampunkan segala perkataan yg pernah aq ungkapkan ketika aq lemah. Kerana sedikit sahaja ujian-Mu telah menyebabkan aq lupa nikmat yg telah Engkau beri kpd ku yg jauh lagi besar daripada ujian itu. Ampunkan aq Ya Allah..Ampunkan Aq Ya Rahman..Ampunkan aq Ya Rahim..Hanya kepada-Mu lah aq sembah dan hanya kepada-Mu lah aq memohon pertolongan.."~
Lepas solat isyak tadi, mak terus keluar dengan adik untuk hantar design banner tersebut..
Alhamdulillah..sempat.. Terima kasih Ya Allah.. :')


SEMOGA MEMBERI MANFAAT DAN PENGAJARAN KEPADA SESIAPA YG MEMBACA~Jzkk~ (^_^)
#Semoga Allah merahmati kamu semua~ InsyaAllah~ :)




Friday, September 7, 2012

O Allah..



"I know you are there Allah..

I know you see my tears..

I know you hear my prayers..

I know you are testing me..

and all I ask from you is to..

strengthen my Iman..

so I can handle the struggles in life..

and have patience.." 




I love you my Lord. My Allah..

Please keep me safe.. :'/

 ~ameen~ 

Wednesday, August 22, 2012

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?(copy paste~)


Bismillah~
post kali nie aq copy paste dr blog org len.. haha.. okeh..okeh..aq salah..the first and the last oke..(kodd..)<---dlm hati.. -_-" tp serius nih korang kena baca..best~ wokeyh~!!! selamat membaca...owh..lupa..selamat hari raye~ :3 wiiiiiiiii~


"Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?"



Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan.. 
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.



Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.


Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan. 


Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid) 


Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi! 

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. 


Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata. 

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia. 

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.


Tuhan Ra 


Tuhan Osiris 

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? 

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal 

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.


Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis 

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.


Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

Saturday, August 18, 2012

Tarbiyyah akhir Ramadhan..


BismilLah~

       Cahaya.. aq memerlukan cahaya itu..Untuk membimbing aku saat aq jatuh..aq lemah tanpa cahaya..dalam kegelapan aq menangis..dalam kegelapan aq rapuh..dalam kegelapan aq hanyut..dan tika ujian-Mu datang bertubi-tubi, aq masih dalam kegelapan..tidak dapat membimbing diriku sendiri..Ku sangka, tangisan dapat mengeluarkan aq daripada kegelapan itu..tapi tidak!! Hinggalah ujian itu mngetuk pintu aq semula..untuk kmbali semula kepada-Nya..lalu ku amati ayat ini..

"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (al-Baqarah:155)

       Dalam muhasabah, aq kenangi kegelapan lampau.. mampukah aq istiqomah?? rindu..sangat sukar di gambarkan..adakalanya, sangat sukar untuk aq melupakan rindu itu..rindu pada kegelapan silam..namun, untuk mencapai cahaya itu, aq perlu tinggalkan kegelapan silam..ya..abaikan rindu itu..meski sukar untuk dikikis..tetapi, aq mahu istiqomah dalam mencari keredhaan-Mu.. lantas ku petik maksud sepotong ayat dari al-Quran yang menegurku secara halus..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengtahui." (al-Baqarah:216)

       Aq sedar..proses terbiyyah hati bukanlah mudah bagiku..aq prlukan bimbingan..agar tidak jatuh semula ke dalam tangisan yang sia-sia..tidak terjatuh kedalam kgelapan yang sama..lalu ku sisipkan doa ini ke dalam hatiku..

Wahai Tuhanku, kurniakanlah ketaqwaan kepada diriku, engkaulah Tuan dan Pemiliknya, dan engkaulah sebaik-baik yang membersihkan.

       Janji itu akan ku kotakan..kerana janji itu yang mendorong aq utk brubah..menjadi seindah mawar berduri yang dijaga rapi..bila tiba masanya..bukan aq yang menentukan..kerana aq ada DIA..yang mengtahui apa yang paling terbaik untukku..aq cuma perlu brdoa, sabar dan tawakkal..krana aq tahu..setiap ujian ada hikmahnya~ =)

~Ya muqallibalqulub, thabbit qulubana alaa diinik (maksud: Ya Allah yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati kami ini diatas jalan agama-Mu)~

~Amin Ya Robb~ :')


Monday, June 11, 2012

test wt animated gif guna photoscape~

Bismillah~


~Entry kali niyh aq saje nk kongsi animated gif yg aq wt sndiri guna photoscape..
~well, first time mmg nmpak mcm susah..(mmg susah pun.. -_-")
~then, belum cuba belum tw kn..kn..hehe
~dgn semangat ingin mencuba ssuatu yg baru, aq pun test la jugak..
~memandangkan aq masih bru lg dengan penggunaan drawing tablet, aq pun guna la stail lama iaitu melukis mengunakan pensel dan kertas.. -_-"
~agak melecehkan bila nk bg gmbar chibi tuh sama besau..
~sebab tu la pergerakkan animasi tuh tak smooth.. (-..-)
~sila abaikan yg idong kembg tuh...hehe
~pastu, masalah lg dtg ble kt rumah aq xde scanner~huh!!
~akhirnya gune cara zaman batu iaitu tampal gmbr kt dinding(batu) pastu amik gmbau die..huh!!
~agak melecahkan bukan...haha!!!
~then,aq edit2 gmbar guna picasa dan photoscape, pastu baru susun gambar kt photoscape dlm bhgian animated gif...
~for those yg tahu cmne nk wt animasi, WEYH~!!AJAR LA WEYHH~!!
~ -_-" abaikan~wiiiiiii~hehehe...
~akhirnya siap la animated gif aq for the first time..
~yeahhhh~!!!

# moral value disini ialah = jgn mengalah untuk mncuba something yg baru even agak melecehkan diri sndiri..haha..Walaweehhhh~!!!!hehe.. practice make perfect~hendak seribu daya, tamau sudah~peace yow~!!

((that's all~ syg korang sume krna Allah~ <3 wiiiiii~ :3))




Monday, April 30, 2012

bila April tiba dan pergi~

BismiLlah~
Pejam celik..pejam celik...weyh~!! April da nak habis dah???!!!!
Ya Allah..cepatnya masa berlalu..huhu..aq yg terlalu sibuk dengan duniawi ke??
atau aq mmg x sedar masa sedang berlari dgn pantas..??
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian
Kecuali orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta 
saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran.." (Al-Asr)
Ayat neh macam muhasabah diri aq smula..apa ek yg aq da buat sepanjang bulan April neh..?? 
Adakah aq termasuk ke dalam org2 yg rugi??Ada tak aq buat sesuatu kebajikan spanjang April neh??
Nasihat org kpd kebenaran???kesabaran??Ya Allah... :'( jgn lah masukkan aq kedlm org2 yg rugi..
insyaAllah~ ameenn~ (^_^)

okeh~!! kembali bersemangat~!! Allahuakbar~!!!! :D
Entry kali neh aq nk tulis pasal semua topik usrah aq sepanjang bulan April.
Mungkin x bnyk yg aq ingat dan salin..tp aq nk kongsi gak, sebab...
"SHARING IS CARING" rite??!! (^_^) huhu..kalau salah mintak diperbetulkan...
Neh pakai ayat sendiri jea.. bg mudah faham~ =) hehe..

Topik : Persaudaraan
Korang tw tak pe tu hak2 persaudaraan??(^_^)
hak persaudaraan tuh hak2 yg perlu dan patut kita berikan kepada mereka yg bergelar saudara..
Eh..saudara neh bukan yg ad pertalian darah dgn kita jea tw..saudara kita, saudara sesama Islam~
Jadi, muallaf (org yg bru msuk Islam) tu saudara kita jugak kea?? Yup~!! (^_^)
owh..rupanyee...Okeh!!~kembali kepada topik asal~hehe..
Antara hak2 persaudaraan ialah, menasihati mereka (klu wt salah la), 
memberi dan mengucap salam, menziarahi mereka, menghadiri jemputan, 
menjauhi drpd menyakiti mereka (hasad dengki, membenci, dn berlaku zalim), 
membantu mereka jika dizalimi. mendoakan mereka, memaafkan kesalahan mereka,
dan mengiringi jenazah mereka.(kalau meninggal dunia).
Korang tw x, org yg paling disayangi Allah ialah orang yg menjadi/mmberi manfaat kpd org len tw..
dan, "sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara keduanya.."
bererti disini, kalau kita ada dua org shbt yg tgh bergaduh, 
adalah mnjadi tanggungjawab kita utk menyatukan dorang kembali.. 
Eh..Kita bole dpt pahala tw nnty... (^_^) huhu~

Topik : Mutaba'ah Amal 
Okeh~!! Utk topik neh..mula2 aq pun x paham maksud dia..
Then akak naqibh bgtw.. Mutaba'ah Amal neh bermaksud senarai amalan harian kita...
Kita sebagai seorang muslim haruslah memperbaiki dan mengindahkan lagi 
amalan harian kita untuk membimbing peribadi agar selari dengan
 amalan dan sunnah RasulLullah S.A.W. Okeh~!! 
Mutaba'ah neh penting sbb iman manusia tuh kejap turun, kejap naik..kn??
Jadi, dgn senarai amalan harian yang kita wt niyh, kia boleh check iman kita..
Klu senarai tuh bnyk yg x dpt buat, means iman kita ada problem..
Tp, senarai neh kne istiqamah (berterusan). Fisrt, kita target..minggu niyh nk wat pe..
Contoh, senarai amalan yg perlu kita lakukan dlm seminggu niyh adalah
  bca Al-Quran stiap mlm, Stiap hari yg berjaya lakukan tuh kita tanda 
utk menunjukkan amalan harian tuh berjaya kita wat.. (^_^)
Kalau minggu tuh kita brjaya complete kn suma senarai tuh, 
kita perlu tambahkan lg satu amalan harian yg baru..Relax~!!!
jgn terlalu gopoh utk tambah amalan baru..pastikan amalan yg berjaya wt tuh 
berjaya dilakukan jugak utk minggu2 berikutnya...baru consistent...huhu..


Topik : Tangisan
Kenapa kita menangis ye?? Kita menangis bila ada kehilangan, kematian dan kemalangan..
bila kena caci/maki pun kadang-kadang kita boleh menangis sbb x tahan~
kalau iman kita mase tu tgh down pun kita boleh menangis tw..
 mcm2 lg lah sbb npe kita menangis..dalam al-Quran, surah an-Najm ayat 43 pun ad
jelas membuktikan bhwa nangis tuh mmg ad...cpt selak tafsir cpt!!!! hehe..
okeh~!!nie jenis2 tangisan yg aq sempat salin..(-_-)"
1st, tangisan kerana kasih syg dn kelembutan hati,
2nd, tangisan kerana takut, 3rd, tangisan kerana terlalu sedih,
4th, tangisan munafik (pura2 menangis) (-_-)"errr..,
5th, tangisan ikut2 (org len nangis, dye pun sibuk nk nangis tiba2) (-_-)"..,
6th, tangisan belas kasihan, 7th, tangisan kerana cinta, dan
8th, tangisan gembira. huhuhu...neh jela yg beta sempat salin ye~ ^_^ hehe
- Air mata yg mengalir dpt memadamkan api neraka
SEKIRANYA air mata tersebut dpt meningkatkan iman.Dan 2 jenis mata yg tak diusik neraka ialah mata yg mngis sbb takut kt Allah ngn mata yg  brjaga mlm utk beribadah kpd Allah. Tangisan yg paling bagus
adalah tangisan yg takut kpd Allah atas kesalahan dan dosa yg pernah dilakukannya.
So, jgn r nanges tuk bnda yg sia2 eh...sbb...seorg mukmin tu x boleh bersedih lama2..
ALLAH KAN ADA BERSAMA KITA~!!   ^_^
neh tips kalau sedih yg sia2~
kalau sedih cpt2 istigfar...AstagfiruLlahhalazim~
pastu ckp kt diri, "aku hamba Allah..aku layak diuji.."
then, jgn memberontak..cubalah terima hakikat.. =)
cpt2 ingat Allah dn mintak ampun kt DIA..
pastu, x tergesa-gesa menampakkan musibah tu kt org len~tenang weyh.. =)
cuba cari punca masalah..cari penyelesaiannya..pastu, harunginya dgn bijak...
insyaAllah~ ^_^




Topik : Usah lalai mengingati Allah~
okeh~!!!apa punca kita lalai???cpt jwb dlm masa 1 saat~!!
teeeeeeetttt~!! masa tamat..!! :D hehe..
oke..1st punca kita lalai, sbb keseronokkan dunia..
2nd, kita lupa sunnah2 RasuluLlah S.A.W =)
3rd, kita x gne mata, hati, telinga ngn baik~
4th, kita x tunaikan tanggungjwb sbgai hamba Allah~
(niyh jela yg aq mampu salin~ -_-" hoho)
okeh~!!cara ingat Allah pulak~ ^_^
firstly, kita kne cuba sedaya upaya ingat kt Allah anytime, anywhere..
then, selalu mendisiplinkan diri ngn wt amaln2 sunat~
then, slalu jadikan DIA dihati, bukan dia.. -_-" hehe..
selalu ingati mati....ce tgok tafsir Al-Quran sat naa..surah an-Nisa' ayat 78.. =)
lastly yg sempat aq salin..sokmo(selalu) berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. =)
org bijak = selalu muhasabah diri dan beramal utk kehidupan sebelum mati~
org lemah = ikut je hawa nafsu dn berangan2 dpt syurga tapi x berusaha(beramal) tuk dptkannya~
kesan buruk lalai ialah, hidup dlm kesesatan, nafsu mguasai diri
dn kehidupan menjadi sempit~(bnyk lg neh..x sempt salin..-_-")
hehehe...okeh geng!! jom jadi org BIJAK jom!!
insyaAllah~


hehe..okeh geng~!!semoga entry kali neh bermanfaat tuk aq dn korang sume~AllahuAkbar~!!
~Assalamualaikum~ ^_^




Sunday, March 18, 2012

jom lukis tangan sendiri~!!!!! wwiiiii~ ^_^

~BismiLlah~
 
 
1. First2~
Lakar tangan korang yang tengah melukis guna pensil size H utk Husna.. -_-''
 err..faham?? hehe...tp...kalau da profesional gitu, korang bole jer lukis teros guna
pensil 2B kea...guna pensil 8B terus pun boley baa... ^_^ ~wiii~
 



2. Secondly~
Korang pekatkan pulok outline lakaran lukisan tangan tadi tuh guna pensil 2B..
owhh~lupo pulok~hehe...yg x reti lukis tangan korang yg tengah lukis tuh, korang
lukis jer la tangan kartoon kea..tangan spansbob kea..tangan patrick star kea...
-_-'' (ehh...dia ada tangan tak sebenarnya??)
 
 
3. Thirdly~
Korang ce wat bayang2 ikut reality yang korang nampak..
Guna lorh pensil yang size die tak terlalu lembut such as pensil 4B kea..
Klu tak, takut merosakkan lukisan meyh kalau salah pastu padam pastu kotor pastu fedd up pastu...pastu....three...-_-''
Nak wat bayang2 tu ikut sukati korang lorh yea~hihi..
(aq pun bukan ikut sangat pun~wiii~)
 



4. Keempat~ -_-''
Time niyh la korang kena tunjukkan segala macam skill kekuatan korang 
untuk menghasilkan ton pada lukisan tuhh menggunakan pensil hok..hok.. lembut gitu~
awww...awww...(eeewww~)hihi..
Paling sesuai guna pensil 8B meyh..coz sgt2 berguna untuk 
pekatkan bahagian2 tertentu.. 
 
 
 

5. Fifth~
Segala mcm touch up2,korang wat la untuk bagi kepuasan final untuk 
lukisan masterpice korang tuhh..Kalau korang blajar seni mesti
korang taw 'kekemasan' tuh penting utk artwork korang kn...
yang taw je lorh..hihi..Then...siap la lukisan korang yang 
konon2 cantik tuh...piwweeettt~!!hihihi..
Tahniah2~!!hihi..^_^
 


~Sekian~
~Wassalam~
 
 



Thursday, March 1, 2012

Dialah hatiku, Dialah temanku, Dialah Sahabatku~ ^_^

Bismillah~
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Ini adalah kisah tentang keakraban kita. Ini adalah kisah persahabatan. Ini adalah kisah pengorbanan. Ini adalah kisah kita. Kisah tentang aku dan abg.
       Dahulu, kita melakukan aktiviti bersama-sama. Aku ingat lagi..Ketika itu kita masih kecil. Kita bermain dgn bedak mak. Habis lantai rumah kita penuhkan dgn bedak. Muka kita putih. Tak dpt dibezakn lg mana satu kening, mulut, kulit, dan rambut..^_^
       Dahulu, kita ke sekolah rendah bersama-sama. Dari darjah satu lagi aku teruja ke sekolah. Aku mahu berbasikal dgn abg. Abg baik. Sentiasa menunggu aku jika aku tertinggal jauh di belakang. Dan ketika sesi P&P tamat, abg sudah menunggu di tempat letak basikal. Abg tunggu aku. Aku terharu. Aku gembira. Terima kasih abg..
       Dahulu, aku bertindak sebelum berfikir. Aku mengajak abg ke kedai untuk membeli gula2. Masetu dah nk maghrib dah. Aku memujuk, abg mengalah. Akhirnya abg teman juga aku berbasikal ke kadai. Hajat aku mahu belikan gula2 utk adik. Ketika pulang, kita berbasikal melalui jalan yg merbahaya. Aku tak dpt kawal basikalku. Aku jatuh. Aku cedera. Aku berdarah. Mujur abg ada. Abg papah aku. Abg bonceng aku. Terima kasih abg..
       Dahulu, aku tidur dgn abg. Aku takut gelap. Aku peluk tgn abg. Kadang2 aku kejutkn abg tengah2 mlm. Aku minta abg teman aku ke tandas. Walhal, tandas tidak jauh mana. Aku belum berani macam abg. Abg tak merungut. Abg tak marah. Ketika aku keluar tandas, aku cari abg. Rupa2nya abg sudah lena atas lantai depan tandas. Hehe..Terima kasih abg..
       Dahulu, ketika aku sekolah menengah, abg banyak bantu aku. Abg bersungguh2 ajar aku. Tapi, dalam bnyk situasi, aku banyak senyum sambil tengok muka abg. Dan ketika tu abg tahu aku tidak faham langsung apa yg abg cuba ajarkan. Abg ajar aku siang hingga ke tengah mlm. Kadang2 aku ganggu abg main games. Kadang2 aku ganggu abg tonton tv. Kadang2 aku ganggu abg main facebook. Tapi abg tak marah. Dia tetap berusaha bagi aku faham. dan aku pula masih tersenyum. Terima kasih abg..
       Dahulu, ketika dalam tempoh menunggu keputusan Spm, mak dan abah pergi mnunaikan umrah. Dalam tempoh sebulan itu, aku diamanahkan utk menjaga 6 org adik aku yg lain. Makan, minum, tugas harian dan segalanya aku berusaha melakukan sendiri. Walaupun ketika itu aku masih belum ada lesen, aku menghantar adik2 aku ke sekolah menaiki kereta. Ketika itu abg balik utk membantu. Aku terharu. Abg sanggup ponteng kuliah utk membantu. Aku tahu, ketika itu abg berada dlm minggu exam. Tapi abg tetap membantu. Terima kasih abg..
       Dahulu, aku selalu minta tolong abg hantar aku ke mana2. Kadang2 sampai abg teman kan sekali. Ada satu ketika, kita habiskan seharian bersama berjalan ke semua kedai komputer yg terdpt di Taman Universiti. Abg sangup teman aku walaupun sebenarnya aku hanya ingin mencari 'laptop skin' yg menarik. Hehe.. Terima kasih abg..
       Dahulu, aku selalu dgn abg. Dgn abglah aku luahkan masalah. Abg memahami aku. Abg adalah bau yg boleh aku sandar tika aku sedih. Namun, aku terkilan. Aku tak dpt hantar abg ke 'air port' tika abg meningalkan bumi Malaysia. Kita terpisah. Terpisah dgn Cardiff dan Malaysia.
       Kini, kita masih lagi berhubung. Walaupun abg di sana, aku di sini, kita tetap bersama. Setiap kali berhubung dgn abg samada melalui SMS, call, Skype atau Facebook, aku gembira. Aku terharu. Abg ingat kat aku. Jika aku sedih, aku selalu fikirkan abg. Aku fikir apa yg abg akan lakukan jika berada di situasi aku ketika itu. Abg mengajar aku menjadi seorg yg kuat..seorg yg tabah..seorg yg cekal..Terima kasih abg..
       Dan kini aku selalu berdoa..suatu ketika nanti, aku ditakdirkan berjumpa dgn org sebaik abg. Org yg menyayangi keluarganya. Org yg sanggup berkorban apa sahaja. Org yg memahami perasaan aku. Org yg rapat dgn adik beradik. Org yg boleh menjadi imam sebaik abg. Org yg mempu mengajar aku perkara bru yg aku kagumi walaupun tika itu aku hanya tersnyum. Org yg menyayangi aku. Org yg sanggup menggantikan bahu abg tika aku sdih. Dan org yg mempunyai hati sebaik hati abg.
       Abg..ketahuilah bhwa aku sgt menyayangi abg kerana Allah. Abg bnyk menunjukkan sikap2 yg boleh diteladani oleh adik2 yg lain. Kadang2 aku terfikir, adakah aku mampu mengalahkan kebaikkan abg terhadap adik-beradik yg lain??
       Terima kasih abg..Semoga ukhuwah yg terjalin ini tiada pemisahnya. Alhamdulillah aku dianugerahi abg sebaik abg. Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Aku bersyukur Ya Allah..Aku bersyukur..kerana... dialah HATIKU, dialah TEMANKU, dialah SAHABATKU~ Alhamdulillah~ ^_^

Tuesday, February 28, 2012

miooowww~ :3

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah dan yg Maha Penyayang~


Awk sedih?? sy pun sedih~
tp....Allah kn bersama kita..
senyum deh~ ^_^
kita sama2 kuat eh~
InsyaAllah~

Assalamualaikum~
:' )


Tuesday, February 7, 2012

Aku, Kau, Mereka dan Sahabat...

 

Aku dan Kau adalah sahabat...
Kita sama-sama rapat...
Pemikiran kita sering sama...
Kau gila Aku pun turut gila...
Kita sama-sama ketawa...
Tapi, keakraban kita disalah erti oleh Mereka...
Aku mula menjauh...
Aku tahu perbuatanku melulu...
Aku juga tahu aku yang salah...
Kerana kita adalah Sahabat...

Aku minta Kau menjauh...
dalam keadaan terpaksa...
tiada lagi kegilaan kita...
Aku tahu Aku yg salah...
Kerana melihat pandangan Mereka...
tanpa melihat perasaan kita..
sebagai seorang Sahabat...

Kau dan Aku masih lagi sahabat...  
Walaupun Aku pasti Kau terasa,Kau terluka..
Namun kita masih lagi mampu tersenyum...
kerana masing-masing berpura-pura..
Tiada lagi gelak tawa kita..
Tiada lagi kegilaan kita..
Aku tahu Kau terasa..
Tapi Aku masih lagi berpura-pura..
Pura-pura gembira kerana Mereka..

Kau dan Aku masih lagi sahabat..
dan Aku tahu Kau punyai ramai lagi Sahabat...
Suatu hari nanti..Aku pasti...
Sahabat baru akan muncul dalam hidup Kau..
menggantikan Aku sebagai Sahabat..
pada masa itu..
Aku masih lagi ketawa dengan Mereka..
Masih lagi berpura-pura..menutup luka..
dan ketika itu Aku pasti..
Kau sudah ada Sahabat baru..
kerana sebelum Kau kenal Aku lagi...
Kau sudah ada ramai Sahabat...

Kini Kau dan Aku masih lagi Sahabat...
Hanya sekadar Sahabat...
Dengan kehadiran Sahabat baru dalam hidup Kau..
Aku harap Kau maafkan kesalahan Aku..
Kerana kesalahan Aku...
Memutuskan kegilaan...
dan gelak tawa antara dua Sahabat..
Andai coretan ini Kau baca..
Aku mahu Kau tahu...
 bahawa kita masih lagi Sahabat..
Sahabat hingga ke syurga~ :')