Saturday, August 15, 2015

Typo

Assalamualaikum.

Saja singgah kejap sini.

Well, topic yg kita nk bincang adalah typo.

Setiap orang pernah salah eja. Lagi2 kalau kita tak off dictionary kt handphone. Bila nk taip laju2, dah tak prasan dah ayat2 yg dah taip tu tertukar sendiri.

Grr..benci typo.

Klu tukar jadi benda yg menyenangkan takpa la jugak.. ini tak.

Dan yang paling benci bila salah eja 'tahu' jadi 'tahi'..

"Dah tahi dah.."
"Kau tahi tak apa tugasan yg miss Z bg?"

Jijik lagi menjijikkan.. =_="

Maafkan saya kalau saya pernah tertypo..

bukti jari makin besar. Nk tekan satu huruf tapi tertekan dua.. haha

Jadi, apa perkataan typo yg paling korang benci?

Share kt komen!

K bye!

Sunday, May 3, 2015

Praktikum Fasa 1 SK Jabi Jerteh

Bismillah..

Assalamualaikum. :)
Blog ni hakikatnya dah lama terkubur. Saja jah duk gali balik. Last update, 2 tahun lepas. Lama kn? :D

Ok. Sekarang sy busy dengan praktikum di sk jabi Jerteh. Untuk praktikum fasa pertama ni, sebulan kena duk kat skolah. Mengajar kanak2 yang cecomel semuanya. Tup tup, tinggal lagi seminggu..

~cepatnya masa berlalu..

Btw, praktikum kt sekolah ni banyak dapat pengalaman baru. Yang paling best bila mengajar budak kelas belakang. Depa minat melukis. Serius best!

First masuk kelas darjah 5. Sesi pengenalan. Depa macam nak tak jah layan. Maybe saya dengan pakaian ala 'ustazah' ni, depa assume saya xreti lukis. Haha.. comel sungguh lahai..

Then saya bagi depa task. Lukis gambar kawan yang paling rapat.. mula depa macam.."ooo..tu je ke.." then i was like.. cikgu tak habis cakap lagi.."masa kawan awak dah besar.."

hah kau bebudak kecik! Lukis.. lukiss..haha..

Well, depa sangat berimaginatif. For boys, saya memang respect. Ada yang lukis kawan dia ni ahli bina badan. Ada yang lukis jadi tok imam. Ada yang lukis gengster.. sungguh meriah imaginasi depa semua ni..hehe..

But when it comes to girl, i was like... "awat sepesen ja muka hangpa??" =_="

Boys..depa lukis cepat sangat. Dalam 20 minit depa dah siap lukis dah. Padahal kelas satu jam kodd!! And girls.. oohh my.. lukis tu sangat2 lambat.. 35 minit pun belum siap lagi..lukis sikit, padam..lukis sikit padam..habis rosak kertas lukisan..

Then, untuk tidak membuatkan bebudak lelaki tuh boring, satu idea datang secara tiba2.

Saya suruh depa lukis kat mana2 kertas yg kosong..
"Ok. Cikgu nak awak sambung lukis. Kawan awak ni ada kuasa. Tak kisah la kuasa api ke, kuasa air ke, kuasa letrik ke..ikut awak la. Kemudian, dia ada binatang peliharaan. Binatang peliharaan dia boleh terbang, ada sayap. Ok. Ini untuk budak lelaki. Boleh lukis sekarang.."

Then saya tengok sorang2 muka budak lelaki dalam kelas. They was like..

Excited gilaa!!

Ohh myy.. haha.. depa berpusu2 tanya..

"cikgu..ikan boleh tak? ikan?"
"Cikgu, kuasa apa yang paling kuat? Api ke? Air ke? Letrik ke? Tanah ke? Angin ke?"
"Cikgu, jadi tak kucing saya? Dia boleh terbang dan ada kuasa."

Dan saya angguk untuk semua benda yang ditanya.. =_=" haha.. "boleh.2 Cantik tu. Awak buat je.." itu 3 jawapan yang saya guna sebagai modal.

Dan di satu sudut, ada seorang budak lelaki. Saya duk perhati jah perangai dia. Baju sekolah bersweter. Gaya macam taiko. Senyap tak bersuara. Hanya mendengar arahan dan buat. Muka xde senyum langsung! "Uishh. Nak stalk lah lukisan dia sat." Dalam hati berkata2..

Bila sampai, i was like..

Homaigodddd.. cantikk gilakkkkkk!! Tak terlintas dek akal ku budak2 akan lukis secantik itu. You know what? Dia lukis singa. SINGA kodd!! Sangat cantikk..

"born gifted budak ni.." hati berkata2 lagi..

Then, saya buat la muka tak kagum dengan lukisan dia. Saja tak nak nampak excited sangat. Kalau ikut hati, nak je selfie dengan gambar tu.. opss.. hehe. Overrr! Hehe..

Then gerak ke meja lain untuk tengok perkembangan lukisan imaginasi kanak2 lelaki yang lain. Dan tiba satu meja, saya tertarik dengan satu lukisan. "Awak lukis apa ni? Belut ke?" Sebab dari pandangan saya, dia ada lukis bentuk eletrik di tepi haiwan tersebut.

"Tak cikgu"
"Oo. Jadi awak lukis ular?"
"Tak cikgu"
"Jadi ini apa?"
"Naga cikgu."
"Ooo.."

Bila dengar naga, i was like.. wahh...ada yang lukis nagaaa..

Walaupun xdak rupa.. haha

Then saya tanya dia.. "awak nak cikgu lukiskan naga tak?" "Nak!" Pantas dia menjawab.. hamboi..hamboi..hamboii.. bebudak sekarang..haha..

Bila mula melukis kat kertas dia, budak2 lelaki mula berkerumun. Excited tengok cikgu lukis naga. Then terdengar la depa berbual sesama depa..

"Uishh..cikgu pandai lukis naga laa.."
"Memang la. Kata pun cikgu seni.."
"Tapi kan cikgu praktikum je. Bukan cikgu betul pun.."

Ok. Part tu tak best. Sabar dan pekak kan telingaa ok. Budak2.. biasa la tu.. dan saya perasan satu benda. Budak yang pakai sweter tu pun datang tengok skali. Muka dia... Muka tak percaya.

Habis lukis2, saya minta depa semua duduk tempat masing2 untuk proses aspirasi seni. Lebih kepada kesimpulan la.. saya ajak lima enam orang untuk kongsikan lukisan depa pada kawan2..tentulah amik yang terbaik.. hehe.. loceng berbunyi dan kelas habis..

Hari2 selepas itu, bila jumpa budak sweter tu, saya perasan tingkah laku dia berubah. Bila dia lalu kat depan bilik seni, dan kebetulan saya tengah mengemas, pasti dia singgah. Ucap salam dan tolong apa2 yang patut.

Allah.. saya tak tahu nak gambarkan perasaan ni.. tapi bila seorang murid hormat guru dia, guru akan sentiasa ingat pada murid tersebut.

Dan bila tiba subjek seni untuk kelas tadi, saya perasan tingkah laku budak sweter tadi berubah. No more sweter ok. Yg ada songkok dikepala. Yes. SONGKOK. Sungguh drastik perubahan beliau. Sejuk je tengok.. senyuman tu tak lengkang dari mulut..

"InsyaAllah, smoga jadi anak yang soleh. Cikgu doakan awak yang terbaik.." ;)

Saya pun tak tahu kenapa, but yes, Saya memang doakan dia.

.
Kalau nk cerita pasal pengalaman praktikum ni, walaupun baru 3 minggu, banyak pengalaman baru yang dapat. Belum cerita dapat surat cinta dari murid darjah satu lagi.. belum cerita budak jatuh longkang sebab berbual dengan saya lagi.. haha.. bebudak zaman sekarang ni.. adehh.. cuma mampu geleng kepala sahja la..

Ok. InsyaAllah lagi seminggu lagi praktikum. Habis praktikum akan study week dan exam. Yes. I loveeeee examss!! Tettt.. bohong.. hehe. Ok. Itu sahaja. Feel free to drop your comments below..

Assalamualaikum.
Dengan nama Alah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Siapakah org yg paling susah untuk kita mulakan tegur atau beri nasihat?

Bagi sy, org yg susah untuk kita mulakan teguran adalah orang yang rapat dengan kita..

kenapa??

sebab kita takut dorang terasa dengan teguran kita..then, terus xnk tegur kita dah..duk mengumpat kita blakang2 sbb x puas hati..habih semua kesalahan kita dia cari..

sama juga bila kita DITEGUR oleh org yg rapat dengan kita..

"xbaik la pakai macam nie..nampak aurat..dosa.."
"awk..jaga ikhtilat sikit..nanti Allah marah.."
"kapel tu haram la kawan..dosa..kan Allah kata jgn dekati zina.."

bandingkan ustazah yg tegur kita dengan kawan rapat best friend forever yg tegur kesalahan kita..mana yg lebih mudah diterima? teguran drpd ustazah bukan??walaupun apa yg kawan tu tegur memang betul..

sbb kita dah tahu dan nampak baik buruk rakan tu..kesalahan yg dia pernah buat pun kita tahu..

sampaikan mungkin terdetik dalam hati kita, "cehh..padahal dia pun sama..bukan la baik sangat pun nk tegur aq.."

Sekarang muhasabah bersama..Allah x kn pertemukan kita dengan seseorang tanpa sebab..kemungkinan pertemuan dengan seseorang itu bertujuan untuk mengingatkan kita kembali kepada Pencipta kita..

kita terlalu jauh terleka..jauh tersasar dari matlamat asal kita diciptakan..
lalu Allah hantar 'dia' untuk menegur kesalahan kita..

Berterima kasih lah kepada sahabat yg menegur kita..kerana sahabat sebegitu lah adalah sahabat yg terbaik yg susah untuk kita dapat..


Tuesday, October 22, 2013

Akulah Super Saiya~!!


Bismillah..dengan nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Fuhh..
letih..letihh..dan letihhhh.....

Jap..Jap..
peliks betul tajuk kali nie..

kenapa?adakah sy dari keturunan Goku??atau mungkin ada pertalian darah dengan Bezita??


CUT~!! Oke..hentikan semua itu.. :D

Sejak akhir2 nie..sy sibuk memanjang..letih sgt2.. (letih dgn pedia pun aq tak taw aihh..) sebagai mahasiswi, sy x terlepas daripada event yg penuh dan padat memanjang..dan kini semuanya beransur-ansur surut memandangkan exam akhir tahun dah nak dekat..ayat skema habis..
dan sekarang...pooofff!!! it became coco krunch!! semua itu hilang sekelip mata.. kawan2 lain balik ke kampung halaman masing2..konon2 nk study kt rumah. Lalu tinggal lah sy dan kawan sy punya kucing (dye minta tolong jagakn.. dye pun balik Sabah bah..)
dan sungguh sy x sangka.. sy.. hhaaa.. haaaa.... haaaaacccuummmm~!!


ohh..demam~huuu...

dengan takdak kawan kt hostel..dengan kucing yg super triple infiniti aktif (hiperbola sungguh -_-)..dengan makanan kering (etc: megi, biskut, instant porridge, roti, dll) yg dah prepare bnyak2 dr awal..(nk mkn kt cafe kepala x larat nk bgun) dengan hingus yg taknak berhenti mengalir.. 


Stopp~!!Kenapa sy x balikkkk~!!!!


Wuuu~ :'( 

Terok bonar ekau monyosal ehh..Mana super saiya nyer??

errrr.....hehehe.. 

Oke2..kembali kepada super saiya mode~!Henshin~!!hehe..(kesat air mata..tamo nages2 dah..)

No lah..sy x nanges pun..sy oke..sy dah besar..kata pun ada super saiya..mana nk lembik2 camtu..ye dak??hehe..neh baru kena ujian sikit camni..xleh dah nk join sama2 berperang kalau ditakdirkan sekarang berada di zaman Rasulullah..

lembik sgt hang neh~

dush! dush! sebijik kena kt diri sendiri..hehe..dan tiba2 sy teringat tazkirah kubro maghrb..penceramah tu kata, sakit tu penghapus dosa..org yg demam tu patut gembira sebab dosa dye Allah hapuskan..ouyeahh!! haaa..jeles x..jeles x..

lalu sy senyum kembali..takpe sakit pun..takpe sorang2 pun..takpe makanan kering pun..

sbb Allah kn ada..


apa yang penting... kerjasama!! kita x lupa utk sebut..ALHAMDULILLAH~

kadang2 kita lupa keadaan kita lebih baik daripada keadaan orang lain..kita baru diuji dengan demam sikit camni..orang lain yg diuji dengan takdak kaki, takdak tangan, sakit kanser dan sakit2 kritikal yg lain..lagi tabah dari kita yg demam neh..ALHAMDULILLAH~

kita baru diuji dengan duduk sorang2 kt sini.. orang lain yg dah takdak parents, takdak family lain, duk sorang2, berdikari sorang2, kawan kucing pun takdak hah..lagi tabah dari kita neh..ALHAMDULILLAH~

kita baru diuji dengan boleh makan makanan2 kering shja..org lain yg diuji dengan takdak makanan langsung tu camna hah??lagi tabah dari kita neh yg ada makanan pun masih merungut-rungut lg..ALHAMDULILLAH~

lihat..itu lah manusia.. sifatnya lupa.. sy dan awak.. kita sama sahja.. seringkali kita lupa nikmat Allah yg tak terhitung banyaknya.. mari muhasabah bersama.. ASTAGFIRULLAHHAZIM~



hey awak~!! dah..dah la sedih2 tu~Jom Jadi SUPER SAIYA~!! Yup!! Kita sama2 jadi super saiya..Ouyeahhh!!hehe..org yg ada super saiya neh org yg tabah..setiap ujian Allah dia lalui dengan tabah.. x mudah merungut..x mudah menyesal.. x mudah mengalah...

dan yang paaaaaling penting..dia selalu sebut ALHAMDULILLAH~ Oke..Jom Kita berubah jadi lebih baik ye..Jom berubah..HENSHIN!!!

p/s: Semoga memberi manfaat..Assalamualaikum~ ^_^

Wednesday, July 10, 2013

Ohh Result Examku!!!


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Bismillah..

Result exam semester lepas baru shja diberitahu beberapa hari lepas..Alhamdulillah..sy dapat result yang baik. Cemerlang??Mumtaz?? hehe..belum lagi..insyaAllah akan berusaha ke arah itu..Faighting!!hehe.. (^^,) Tapi, agak baik jika dibandingkan dengan sem2 yg lepas. Alhamdulillah..

Bercerita tentang result. Mula-mula tu, hairan jugak dengan result yg dapat nie..Usaha??Last minit.. :) Mmg result sy x segempak sahabat2 sy yg lain, tapi result tersebut masih membuatkn sy berfikir dan terus berfikir sesuatu..hmm..

Allahu..adakah ini merupakan salah satu ujianMu..utk melihat reaksi aku dgn result yg sebegitu?

Allahu..takutnya sy bila terfikir begitu..Sy takut sy lupa Ya Allah..Sy takut sy alpa Ya Allah..Sy takut sy riak Ya Allah..dan..paling takut sekali bila dengan result sebegitu sy dpt melukakn hati sahabat sy yg lain yg jenis study hard utk exam..Lalu sy teringat surah al-ankabut ayat 2-3..
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
 Nah!!Surat cinta Allah pun dah kata begitu..Allahu..jika ini betul2 ujianMu, maka jauhkanlah aku daripada penyakit2 hati..Allahummaamiin.. (^^,)

Baru2 nie,sy berjumpa dgn sahabat2 senior sy..nk tahu dye kata apa??hehe..

Result yg ukhti dapat nie mungkin jugak sebagai bukti ukhti tolong agama Allah..Ukhti luangkan masa ukhti untuk agama Allah..dan Allah bantu ukhti dgn result exam ukhti yg baik..Alhamdulillah..
Lalu sy teringat surah Muhammad ayat 7..
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedu­dukanmu.” 
Hmm..boleh jadi jugak..dakwah itu mudah..tapi, kalau kita yg sempitkan fikiran kita bhwa dakwah tu payah, mmg jadi payah la dakwah tu.. dakwah.. ramai yg takut dgn perkataan tuh..tak payah takut sebenarnya..senyum tu dakwah..bagi salam kt org len pun dakwah, sebut perkataan yg baik pun dikira dakwah taw..banyak lagi benda2 yg kita selalu pandang remeh boleh jadi satu dakwah..Mudah kan??

Allahu..kalau result ini hasil drpd dakwah yg aq lakukan walaupun sikit sangat, Alhamdulillah..Aku tetap bersyukur sangat Ya Allah..Alhamdulillah..

Hari neh first day puasa..Jadi, sebelum tutup entri kali neh, sy nk ucapka Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat...insyaAllah kita berd0a sama2 agar sepanjg Ramadhan neh kita berjaya ubah diri kita jadi yg lebih baik daripada semalam..



Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa!! (^^,)Y


Monday, May 13, 2013

Aurat Muslimat??Hmm...

~Bismillahirahmanirahim~
~Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~
Bila bercakap-cakap dengan sahabat-sahabat mahasiswi, kerap kali topik aurat yang selalu diperkatakan..Bila ditanya tentang aurat pada mereka, saya pasti mereka dapat menjawabnya dengan tepat..

Saya: Awak tahu tak batas-batas aurat bagi lelaki dan perempuan?? 
X: Tahu..kalau lelaki, dari pusat hingga ke lutut..kalau perempuan pula, semua anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
Haa..mestila tahu kan..dah lama dah kita blajar pasal aurat neh..Kalau saya, mak abah saya dah tekankan bab aurat dari saya kecik lagi..dan saya dapat pelajaran formal pasal aurat ketika di tadika..Tapi..kadang-kadang tu, hairan juga bila mana saya lihat, aurat sekarang macam di pandang sebelah mata sahja..

"Tak takut ke dengan api neraka??"

Huu..Seram la kepada sesapa yang jawab 'tak' tu.. nauzubillahiminzalik~ Minta dijauhkan..Bercakap pasal aurat..saya hairan dengan mereka-mereka diluar sana..mereka faham bab aurat tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna..oke..oke..Mula-mula, kita bercakap pasal tudung..tak kesah la korang nak pakai tudung apa sekalipun, dengan syarat, 4 perkara nie kena ikut..

First: Mesti TUTUP DADA..
Second: TAK NIPIS..
Third: LONGGAR dan TIDAK MENAMPAKKAN SEBARANG BENTUK BADAN..
Forth: xde la 'BONGGOL UNTA' ye..
Dengan 4 syarat neh, terpulang la kat awak-awak semua nk pakai apa..Pashmina ke, tudung Syiria ke, Tudung tribal ke, tudung bawal ke, tedung mesir ke, shawl ke, telukung ke, langsir ke, tudung saji ke..bla..bla..bla..oke..oke..itu semua mengarut.. -_-"

Kemudiannya, nk cakap pasal stoking..sama ada stoking tangan mahupun stoking kaki, dua-dua penting..Stoking tangan a.k.a. hand socks selalu saya perhatikan bagaimana penggunaannya.. Sebenarnya, hand socks nie dipakai dengan baju lengan panjang yang longgar-longgar..bukan dipakai dengan baju lengan pendek..haihh..jangan salah guna ye..

Awak kata awak dah tutup aurat bila awak pakai hand socks dengan baju lengan pendek, tapi awak dah silap..tu bukan tutup aurat..tu BUNGKUS AURAT..tutup aurat tu xnk bagi nampak bentuk badan la awak.. :)

Stoking kaki pun satu hal..raaaammmaiii la sangat wanita-wanita diluar sana yang x kesah pun pasal aurat kaki..awak..aurat tetap aurat awak..mana boleh pilih-pilih nk tutup yang suka sahaja..serupa bila mana kita diperintahkan untuk solat..mana boleh pilih-pilih solat yang awak minat sahaja..oleh sebab subuh dengan maghrib bilangan rakaat dye singkat, jadi awak solat 2 waktu tu shja..cannot la awak..berdosa..Kena la full 5 waktu.. :)

Perbincangan aurat muslimat yang seterusnya adalah........??? Cara Pemakaian baju..  
"Baju menutup aurat x ikut trend semasa.."
ooohhhh nooo....jangan la kata gitu awak weyhh...pi cari betul-betul..awak yang tak jumpa lagi kodd baju-baju yang menutup aurat yang boleh ikut trend-trend semasa..tapi kan, sebaik-baik wanita adalah mereka yang tak dipandang tau..Awak pakai jubah pun cantik je..dah dapat cover semua anggota badan..buat apa la awak nk ikut sangat trend-trend neh..takut pula jadi perhatian kaum berlainan jantina..ye dokk??hehe..

Baju pastikan longgar..x nipis, x jarang, x transparent.. (sama maksud kodd tiga-tiga tuh..huhu.. -_-) Baju x boleh menyerupai agama lain..Baju yang elok adalah baju yang labuh yang boleh menutup peha awk tuhh.. :)
haa...baju yang x menjolok mata, orang pandang pun tenang saja..weee~~

Last, pasal seluar..perhatian untuk awak-awak semua..

"Leggings itu bukan sejenis seluar!!"

Malu la awak bila saya tengok prempuan jadikan leggings sebagai seluar..Serius malu weyh.. -_-" mengarut giler rasa..macam nk sedekah je kain panjang kat depa-depa neh..dan lebih memalukan lagi bila yang pakai tu jenis yang dah berumur..Allah..x tw nk kata..semoga hidayah sampai kat depa-depa tu..aamiin..huhu..
Berbalik kepada topik kita..seluar yang bagus adalah seluar yang x mengikut bentuk kaki..awak suka pakai seluar jeans??pakai la yang longgar..x yah la beli yang jenis skinny jeans tu..tu adik beradik leggings tu..

Nk lagi bagus beli seluar slack..haa..yang tu oke..tapi awak, dapat pakai kain lagi oke..siapa-siapa yang suka pakai kain yang jenis kembang-kembang tu,dinasihatkan untuk pakai skali kain dalam ye..selalunye kain jenis macam tu jarang sikit..konon-konon nk tutup aurat, tp bila kena cahaya jd x tertutup pulak aurat nye sebab bentuk kaki nampak..bila masuk tempat gelap, aurat tertutup pulak..adeh..main-main ea??pakai la kain dalam ye..selamat... 

Sebelum terlupa, saya nk keluarkan kehairanan yang saya nampak neh..Adakah pemakaian tudung berserta t-shirt lengan pendek beserta dengan rambut dibiarkan mengurai keluar dari belakang tudung dikatakan menutup aurat?? Saya saaannngattt x puas hati bila makin lama makin ramai remaja-remaja perempuan ikut gaya begitu..sangat x patut dan annoying..jangan la nak kata..

"Sekurang-kurangnya saya pakai tudung.."
 Kalau lah awak nampak api neraka tu macam mana..Allah..mesti awak menggeletar takut sangat sekarang neh..Awak..jangan la ikut trend-trend yang begitu..X bagi apa-apa faedah pun.. Jom sama-sama berubah ye..biar berubah sedikit-sedikit yang penting istiqomah (berkekalan)~

Lastly but not Least~

Saya menyokong kempen 'JOM TUTUP AURAT' yang telah dilakukan oleh penaislah.blogspot.com..Meh la singgah-singgah blog neh..Banyak ilmu yang boleh dapat..ada poster-poster yang menarik..banyak lagi..bukan pasal aurat sahaja tau!! Like dan share!! ^_^ 

Semoga entri kali neh memberi manfaat.. insyaAllah.. Trimas meluangkan masa untuk membaca..JZZK~ 

~Assalamualaikum~


Thursday, March 7, 2013

JADiKANLAH AQ DiANTARA YANG TERASiNG iTU.. :')

Bismillahirahmanirahim..

Daripada Abu Hurairah Radiallah Huanhu, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, " Islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing".



Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh keseronokkan..
Siang malam asyik bersuka ria..
Tidak jemu mencari hiburan..
Sedangkan aq terasing di sini..
Tidak banyak menghibur diri..
Kerana aq lebih bimbang..
Dibuai kelalaian dunia..


Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh kegembiraan..
Sentiasa mengejar impian..
Menggapai cita-cita tinggi..
Sedangkan aq terasing di sini..
Tidak punya keinginan tinggi..
Kerana aq lebih takut..
Matlamat akhirat tak pasti tercapai..


Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh kesenangan..
Berlipat kemewahan..
Barganda harta kekayaan..
Sedangkan aq terasing di sini..
Tidak punya apa-apa..
Kerana aq lebih risau..
Amal ibadat tak mencukupi..


Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh kebahagiaan..
Menikmati indahnya hidup berteman..
Saling merindui dan mencintai..
Sedangkan aq terasing di sini..
Hanya duduk bersendirian..
Kerana aq lebih khuatir..
Diri melanggar batas menjejak zina..


Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh kebanggaan..
Mengena pelbagai hiasan diri..
Menarik perhatian ramai..
Sedangkan aq terasing di sini..
Tiada yang sudi memandang..
Kerana aq lebih rela..
Membungkus diri melindungi maruah..





"Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di tangan. Siapa yang terus bertahan dengan keadaan itu, akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara sama."
 Sahabat bertanya, " Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?"
Baginda menjawab,"ganjaran 50 orang seperti kamu." (Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud)



Islam asing di zaman permulaannya, Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Beruntunglah mereka yang menjadi asing.