Thursday, March 7, 2013

JADiKANLAH AQ DiANTARA YANG TERASiNG iTU.. :')

Bismillahirahmanirahim..

Daripada Abu Hurairah Radiallah Huanhu, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, " Islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing".



Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh keseronokkan..
Siang malam asyik bersuka ria..
Tidak jemu mencari hiburan..
Sedangkan aq terasing di sini..
Tidak banyak menghibur diri..
Kerana aq lebih bimbang..
Dibuai kelalaian dunia..


Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh kegembiraan..
Sentiasa mengejar impian..
Menggapai cita-cita tinggi..
Sedangkan aq terasing di sini..
Tidak punya keinginan tinggi..
Kerana aq lebih takut..
Matlamat akhirat tak pasti tercapai..


Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh kesenangan..
Berlipat kemewahan..
Barganda harta kekayaan..
Sedangkan aq terasing di sini..
Tidak punya apa-apa..
Kerana aq lebih risau..
Amal ibadat tak mencukupi..


Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh kebahagiaan..
Menikmati indahnya hidup berteman..
Saling merindui dan mencintai..
Sedangkan aq terasing di sini..
Hanya duduk bersendirian..
Kerana aq lebih khuatir..
Diri melanggar batas menjejak zina..


Aq memerhati mereka di sana..

Hidup penuh kebanggaan..
Mengena pelbagai hiasan diri..
Menarik perhatian ramai..
Sedangkan aq terasing di sini..
Tiada yang sudi memandang..
Kerana aq lebih rela..
Membungkus diri melindungi maruah..





"Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di tangan. Siapa yang terus bertahan dengan keadaan itu, akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara sama."
 Sahabat bertanya, " Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?"
Baginda menjawab,"ganjaran 50 orang seperti kamu." (Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud)



Islam asing di zaman permulaannya, Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Beruntunglah mereka yang menjadi asing.