Saturday, August 15, 2015

Typo

Assalamualaikum.

Saja singgah kejap sini.

Well, topic yg kita nk bincang adalah typo.

Setiap orang pernah salah eja. Lagi2 kalau kita tak off dictionary kt handphone. Bila nk taip laju2, dah tak prasan dah ayat2 yg dah taip tu tertukar sendiri.

Grr..benci typo.

Klu tukar jadi benda yg menyenangkan takpa la jugak.. ini tak.

Dan yang paling benci bila salah eja 'tahu' jadi 'tahi'..

"Dah tahi dah.."
"Kau tahi tak apa tugasan yg miss Z bg?"

Jijik lagi menjijikkan.. =_="

Maafkan saya kalau saya pernah tertypo..

bukti jari makin besar. Nk tekan satu huruf tapi tertekan dua.. haha

Jadi, apa perkataan typo yg paling korang benci?

Share kt komen!

K bye!

Sunday, May 3, 2015

Praktikum Fasa 1 SK Jabi Jerteh

Bismillah..

Assalamualaikum. :)
Blog ni hakikatnya dah lama terkubur. Saja jah duk gali balik. Last update, 2 tahun lepas. Lama kn? :D

Ok. Sekarang sy busy dengan praktikum di sk jabi Jerteh. Untuk praktikum fasa pertama ni, sebulan kena duk kat skolah. Mengajar kanak2 yang cecomel semuanya. Tup tup, tinggal lagi seminggu..

~cepatnya masa berlalu..

Btw, praktikum kt sekolah ni banyak dapat pengalaman baru. Yang paling best bila mengajar budak kelas belakang. Depa minat melukis. Serius best!

First masuk kelas darjah 5. Sesi pengenalan. Depa macam nak tak jah layan. Maybe saya dengan pakaian ala 'ustazah' ni, depa assume saya xreti lukis. Haha.. comel sungguh lahai..

Then saya bagi depa task. Lukis gambar kawan yang paling rapat.. mula depa macam.."ooo..tu je ke.." then i was like.. cikgu tak habis cakap lagi.."masa kawan awak dah besar.."

hah kau bebudak kecik! Lukis.. lukiss..haha..

Well, depa sangat berimaginatif. For boys, saya memang respect. Ada yang lukis kawan dia ni ahli bina badan. Ada yang lukis jadi tok imam. Ada yang lukis gengster.. sungguh meriah imaginasi depa semua ni..hehe..

But when it comes to girl, i was like... "awat sepesen ja muka hangpa??" =_="

Boys..depa lukis cepat sangat. Dalam 20 minit depa dah siap lukis dah. Padahal kelas satu jam kodd!! And girls.. oohh my.. lukis tu sangat2 lambat.. 35 minit pun belum siap lagi..lukis sikit, padam..lukis sikit padam..habis rosak kertas lukisan..

Then, untuk tidak membuatkan bebudak lelaki tuh boring, satu idea datang secara tiba2.

Saya suruh depa lukis kat mana2 kertas yg kosong..
"Ok. Cikgu nak awak sambung lukis. Kawan awak ni ada kuasa. Tak kisah la kuasa api ke, kuasa air ke, kuasa letrik ke..ikut awak la. Kemudian, dia ada binatang peliharaan. Binatang peliharaan dia boleh terbang, ada sayap. Ok. Ini untuk budak lelaki. Boleh lukis sekarang.."

Then saya tengok sorang2 muka budak lelaki dalam kelas. They was like..

Excited gilaa!!

Ohh myy.. haha.. depa berpusu2 tanya..

"cikgu..ikan boleh tak? ikan?"
"Cikgu, kuasa apa yang paling kuat? Api ke? Air ke? Letrik ke? Tanah ke? Angin ke?"
"Cikgu, jadi tak kucing saya? Dia boleh terbang dan ada kuasa."

Dan saya angguk untuk semua benda yang ditanya.. =_=" haha.. "boleh.2 Cantik tu. Awak buat je.." itu 3 jawapan yang saya guna sebagai modal.

Dan di satu sudut, ada seorang budak lelaki. Saya duk perhati jah perangai dia. Baju sekolah bersweter. Gaya macam taiko. Senyap tak bersuara. Hanya mendengar arahan dan buat. Muka xde senyum langsung! "Uishh. Nak stalk lah lukisan dia sat." Dalam hati berkata2..

Bila sampai, i was like..

Homaigodddd.. cantikk gilakkkkkk!! Tak terlintas dek akal ku budak2 akan lukis secantik itu. You know what? Dia lukis singa. SINGA kodd!! Sangat cantikk..

"born gifted budak ni.." hati berkata2 lagi..

Then, saya buat la muka tak kagum dengan lukisan dia. Saja tak nak nampak excited sangat. Kalau ikut hati, nak je selfie dengan gambar tu.. opss.. hehe. Overrr! Hehe..

Then gerak ke meja lain untuk tengok perkembangan lukisan imaginasi kanak2 lelaki yang lain. Dan tiba satu meja, saya tertarik dengan satu lukisan. "Awak lukis apa ni? Belut ke?" Sebab dari pandangan saya, dia ada lukis bentuk eletrik di tepi haiwan tersebut.

"Tak cikgu"
"Oo. Jadi awak lukis ular?"
"Tak cikgu"
"Jadi ini apa?"
"Naga cikgu."
"Ooo.."

Bila dengar naga, i was like.. wahh...ada yang lukis nagaaa..

Walaupun xdak rupa.. haha

Then saya tanya dia.. "awak nak cikgu lukiskan naga tak?" "Nak!" Pantas dia menjawab.. hamboi..hamboi..hamboii.. bebudak sekarang..haha..

Bila mula melukis kat kertas dia, budak2 lelaki mula berkerumun. Excited tengok cikgu lukis naga. Then terdengar la depa berbual sesama depa..

"Uishh..cikgu pandai lukis naga laa.."
"Memang la. Kata pun cikgu seni.."
"Tapi kan cikgu praktikum je. Bukan cikgu betul pun.."

Ok. Part tu tak best. Sabar dan pekak kan telingaa ok. Budak2.. biasa la tu.. dan saya perasan satu benda. Budak yang pakai sweter tu pun datang tengok skali. Muka dia... Muka tak percaya.

Habis lukis2, saya minta depa semua duduk tempat masing2 untuk proses aspirasi seni. Lebih kepada kesimpulan la.. saya ajak lima enam orang untuk kongsikan lukisan depa pada kawan2..tentulah amik yang terbaik.. hehe.. loceng berbunyi dan kelas habis..

Hari2 selepas itu, bila jumpa budak sweter tu, saya perasan tingkah laku dia berubah. Bila dia lalu kat depan bilik seni, dan kebetulan saya tengah mengemas, pasti dia singgah. Ucap salam dan tolong apa2 yang patut.

Allah.. saya tak tahu nak gambarkan perasaan ni.. tapi bila seorang murid hormat guru dia, guru akan sentiasa ingat pada murid tersebut.

Dan bila tiba subjek seni untuk kelas tadi, saya perasan tingkah laku budak sweter tadi berubah. No more sweter ok. Yg ada songkok dikepala. Yes. SONGKOK. Sungguh drastik perubahan beliau. Sejuk je tengok.. senyuman tu tak lengkang dari mulut..

"InsyaAllah, smoga jadi anak yang soleh. Cikgu doakan awak yang terbaik.." ;)

Saya pun tak tahu kenapa, but yes, Saya memang doakan dia.

.
Kalau nk cerita pasal pengalaman praktikum ni, walaupun baru 3 minggu, banyak pengalaman baru yang dapat. Belum cerita dapat surat cinta dari murid darjah satu lagi.. belum cerita budak jatuh longkang sebab berbual dengan saya lagi.. haha.. bebudak zaman sekarang ni.. adehh.. cuma mampu geleng kepala sahja la..

Ok. InsyaAllah lagi seminggu lagi praktikum. Habis praktikum akan study week dan exam. Yes. I loveeeee examss!! Tettt.. bohong.. hehe. Ok. Itu sahaja. Feel free to drop your comments below..

Assalamualaikum.
Dengan nama Alah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Siapakah org yg paling susah untuk kita mulakan tegur atau beri nasihat?

Bagi sy, org yg susah untuk kita mulakan teguran adalah orang yang rapat dengan kita..

kenapa??

sebab kita takut dorang terasa dengan teguran kita..then, terus xnk tegur kita dah..duk mengumpat kita blakang2 sbb x puas hati..habih semua kesalahan kita dia cari..

sama juga bila kita DITEGUR oleh org yg rapat dengan kita..

"xbaik la pakai macam nie..nampak aurat..dosa.."
"awk..jaga ikhtilat sikit..nanti Allah marah.."
"kapel tu haram la kawan..dosa..kan Allah kata jgn dekati zina.."

bandingkan ustazah yg tegur kita dengan kawan rapat best friend forever yg tegur kesalahan kita..mana yg lebih mudah diterima? teguran drpd ustazah bukan??walaupun apa yg kawan tu tegur memang betul..

sbb kita dah tahu dan nampak baik buruk rakan tu..kesalahan yg dia pernah buat pun kita tahu..

sampaikan mungkin terdetik dalam hati kita, "cehh..padahal dia pun sama..bukan la baik sangat pun nk tegur aq.."

Sekarang muhasabah bersama..Allah x kn pertemukan kita dengan seseorang tanpa sebab..kemungkinan pertemuan dengan seseorang itu bertujuan untuk mengingatkan kita kembali kepada Pencipta kita..

kita terlalu jauh terleka..jauh tersasar dari matlamat asal kita diciptakan..
lalu Allah hantar 'dia' untuk menegur kesalahan kita..

Berterima kasih lah kepada sahabat yg menegur kita..kerana sahabat sebegitu lah adalah sahabat yg terbaik yg susah untuk kita dapat..