Sunday, March 18, 2012

jom lukis tangan sendiri~!!!!! wwiiiii~ ^_^

~BismiLlah~
 
 
1. First2~
Lakar tangan korang yang tengah melukis guna pensil size H utk Husna.. -_-''
 err..faham?? hehe...tp...kalau da profesional gitu, korang bole jer lukis teros guna
pensil 2B kea...guna pensil 8B terus pun boley baa... ^_^ ~wiii~
 



2. Secondly~
Korang pekatkan pulok outline lakaran lukisan tangan tadi tuh guna pensil 2B..
owhh~lupo pulok~hehe...yg x reti lukis tangan korang yg tengah lukis tuh, korang
lukis jer la tangan kartoon kea..tangan spansbob kea..tangan patrick star kea...
-_-'' (ehh...dia ada tangan tak sebenarnya??)
 
 
3. Thirdly~
Korang ce wat bayang2 ikut reality yang korang nampak..
Guna lorh pensil yang size die tak terlalu lembut such as pensil 4B kea..
Klu tak, takut merosakkan lukisan meyh kalau salah pastu padam pastu kotor pastu fedd up pastu...pastu....three...-_-''
Nak wat bayang2 tu ikut sukati korang lorh yea~hihi..
(aq pun bukan ikut sangat pun~wiii~)
 



4. Keempat~ -_-''
Time niyh la korang kena tunjukkan segala macam skill kekuatan korang 
untuk menghasilkan ton pada lukisan tuhh menggunakan pensil hok..hok.. lembut gitu~
awww...awww...(eeewww~)hihi..
Paling sesuai guna pensil 8B meyh..coz sgt2 berguna untuk 
pekatkan bahagian2 tertentu.. 
 
 
 

5. Fifth~
Segala mcm touch up2,korang wat la untuk bagi kepuasan final untuk 
lukisan masterpice korang tuhh..Kalau korang blajar seni mesti
korang taw 'kekemasan' tuh penting utk artwork korang kn...
yang taw je lorh..hihi..Then...siap la lukisan korang yang 
konon2 cantik tuh...piwweeettt~!!hihihi..
Tahniah2~!!hihi..^_^
 


~Sekian~
~Wassalam~
 
 



Thursday, March 1, 2012

Dialah hatiku, Dialah temanku, Dialah Sahabatku~ ^_^

Bismillah~
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Ini adalah kisah tentang keakraban kita. Ini adalah kisah persahabatan. Ini adalah kisah pengorbanan. Ini adalah kisah kita. Kisah tentang aku dan abg.
       Dahulu, kita melakukan aktiviti bersama-sama. Aku ingat lagi..Ketika itu kita masih kecil. Kita bermain dgn bedak mak. Habis lantai rumah kita penuhkan dgn bedak. Muka kita putih. Tak dpt dibezakn lg mana satu kening, mulut, kulit, dan rambut..^_^
       Dahulu, kita ke sekolah rendah bersama-sama. Dari darjah satu lagi aku teruja ke sekolah. Aku mahu berbasikal dgn abg. Abg baik. Sentiasa menunggu aku jika aku tertinggal jauh di belakang. Dan ketika sesi P&P tamat, abg sudah menunggu di tempat letak basikal. Abg tunggu aku. Aku terharu. Aku gembira. Terima kasih abg..
       Dahulu, aku bertindak sebelum berfikir. Aku mengajak abg ke kedai untuk membeli gula2. Masetu dah nk maghrib dah. Aku memujuk, abg mengalah. Akhirnya abg teman juga aku berbasikal ke kadai. Hajat aku mahu belikan gula2 utk adik. Ketika pulang, kita berbasikal melalui jalan yg merbahaya. Aku tak dpt kawal basikalku. Aku jatuh. Aku cedera. Aku berdarah. Mujur abg ada. Abg papah aku. Abg bonceng aku. Terima kasih abg..
       Dahulu, aku tidur dgn abg. Aku takut gelap. Aku peluk tgn abg. Kadang2 aku kejutkn abg tengah2 mlm. Aku minta abg teman aku ke tandas. Walhal, tandas tidak jauh mana. Aku belum berani macam abg. Abg tak merungut. Abg tak marah. Ketika aku keluar tandas, aku cari abg. Rupa2nya abg sudah lena atas lantai depan tandas. Hehe..Terima kasih abg..
       Dahulu, ketika aku sekolah menengah, abg banyak bantu aku. Abg bersungguh2 ajar aku. Tapi, dalam bnyk situasi, aku banyak senyum sambil tengok muka abg. Dan ketika tu abg tahu aku tidak faham langsung apa yg abg cuba ajarkan. Abg ajar aku siang hingga ke tengah mlm. Kadang2 aku ganggu abg main games. Kadang2 aku ganggu abg tonton tv. Kadang2 aku ganggu abg main facebook. Tapi abg tak marah. Dia tetap berusaha bagi aku faham. dan aku pula masih tersenyum. Terima kasih abg..
       Dahulu, ketika dalam tempoh menunggu keputusan Spm, mak dan abah pergi mnunaikan umrah. Dalam tempoh sebulan itu, aku diamanahkan utk menjaga 6 org adik aku yg lain. Makan, minum, tugas harian dan segalanya aku berusaha melakukan sendiri. Walaupun ketika itu aku masih belum ada lesen, aku menghantar adik2 aku ke sekolah menaiki kereta. Ketika itu abg balik utk membantu. Aku terharu. Abg sanggup ponteng kuliah utk membantu. Aku tahu, ketika itu abg berada dlm minggu exam. Tapi abg tetap membantu. Terima kasih abg..
       Dahulu, aku selalu minta tolong abg hantar aku ke mana2. Kadang2 sampai abg teman kan sekali. Ada satu ketika, kita habiskan seharian bersama berjalan ke semua kedai komputer yg terdpt di Taman Universiti. Abg sangup teman aku walaupun sebenarnya aku hanya ingin mencari 'laptop skin' yg menarik. Hehe.. Terima kasih abg..
       Dahulu, aku selalu dgn abg. Dgn abglah aku luahkan masalah. Abg memahami aku. Abg adalah bau yg boleh aku sandar tika aku sedih. Namun, aku terkilan. Aku tak dpt hantar abg ke 'air port' tika abg meningalkan bumi Malaysia. Kita terpisah. Terpisah dgn Cardiff dan Malaysia.
       Kini, kita masih lagi berhubung. Walaupun abg di sana, aku di sini, kita tetap bersama. Setiap kali berhubung dgn abg samada melalui SMS, call, Skype atau Facebook, aku gembira. Aku terharu. Abg ingat kat aku. Jika aku sedih, aku selalu fikirkan abg. Aku fikir apa yg abg akan lakukan jika berada di situasi aku ketika itu. Abg mengajar aku menjadi seorg yg kuat..seorg yg tabah..seorg yg cekal..Terima kasih abg..
       Dan kini aku selalu berdoa..suatu ketika nanti, aku ditakdirkan berjumpa dgn org sebaik abg. Org yg menyayangi keluarganya. Org yg sanggup berkorban apa sahaja. Org yg memahami perasaan aku. Org yg rapat dgn adik beradik. Org yg boleh menjadi imam sebaik abg. Org yg mempu mengajar aku perkara bru yg aku kagumi walaupun tika itu aku hanya tersnyum. Org yg menyayangi aku. Org yg sanggup menggantikan bahu abg tika aku sdih. Dan org yg mempunyai hati sebaik hati abg.
       Abg..ketahuilah bhwa aku sgt menyayangi abg kerana Allah. Abg bnyk menunjukkan sikap2 yg boleh diteladani oleh adik2 yg lain. Kadang2 aku terfikir, adakah aku mampu mengalahkan kebaikkan abg terhadap adik-beradik yg lain??
       Terima kasih abg..Semoga ukhuwah yg terjalin ini tiada pemisahnya. Alhamdulillah aku dianugerahi abg sebaik abg. Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Aku bersyukur Ya Allah..Aku bersyukur..kerana... dialah HATIKU, dialah TEMANKU, dialah SAHABATKU~ Alhamdulillah~ ^_^