Friday, November 30, 2012

Allah..Lemahnya aku~ :'/



Bismillahirahmanirahim..

"Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Sujud syukur pada-Mu Ya Allah.." Aq hampir2 saje berputus asa.. :') 3 kali ujian yang sama berlaku kat aq. Ternyata sgt2 menguji kesabaran. Aq diberi tugasan oleh mak untuk menyiapkan design banner tadika menggunakan perisian adobe photoshop. Mulanya berjalan dgn sedikit lambat bilamana aq kekurangan idea untuk design reka letak banner. Lantas aq berdoa.. "Ya Allah..Permudahkanlah segala urusanku..Berilah aq ilham untuk aku selesaikan tugasan ini..Aamiin Ya Robb." 
Alhamdulillah Allah perkenankan doa aq. Lantas aq mulakan langkah pertama dgn mencari gambar2 yg diperlukan. (Google jea kodd~ ^_^) Ujian pertama bermula dimana laptop aq tiba2 'jammed'. Aq buntu. Terus aq 'shut  down' laptop tanpa 'save' hasil kerja yang dah buat. Dalam hati aq kata "Mujur gambar yang di perlukan dah save. Esok lah 'start' balik dari awal." Ujian pertama masih x menggoyahkan kesabaranku.
Keesokkannya, aq 'start' balik design dari awal. Beberapa jam kemudian, laptop kembali 'jammed'. Aq mengeluh perlahan. Kemudian aq terdiam dan berfikir.. "ini adalah salah satu ujian Allah. Alhamdulillah.. Sekurang2nya sempat 'save' proses sebelumnya." Aq masih boleh bersabar walaupun sedikit sebanyak mula menggoyahkn kesabaran. Seperti sebelum ini, aq lantas 'shut down' laptop dan berazam utk siapkan keseluruhan tugasan pada keesokkan hari.
Keesokkannya, pagi2 lagi mak dah tanya tentang design banner tersebut. Mak percaya aq boleh siapkan banner dalam masa yg singkat. Selepas sedikit pencerahan, mak memahami situasi aq. "Alhamdulillah.." Hari ini merupakan 'due date' utk mak hantar design tersebut ke kedai pencetak. Hal ini juga bermakna aq wajib siapkan hari ini juga.
Permulaan kerja berjalan dengan baik. Selama beberapa jam berlalu, laptop aq masih tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif. Sampai kepada proses terakhir iaitu 'save'. Waktu maghrib hampir tiba. Aq terus tekan 'save' tanpa menunggu proses 'save' itu selesai kerana aq mahu berjemaah dengan keluargaku. Seusai solat, terus aq kembali ke bilik untuk memastikan proses 'save' tersebut berjaya. Yup!! Untuk kali ketiga dia 'jammed' disitu..bermakna, proses 'save' x berlaku langsung..
Aq ada lagi 2 jam setengah sebelum kedai tutup.. Aq buntu. Terus aq rebahkan badan ke katil. "Ya Allah.. Aq nak tolong mak Ya Allah.. Aq nak mudahkan kerja dia Ya Allah.. :'( Ujian apa yang Kau cuba uji aq Ya Allah?? Ya Allah.. bantu aq Ya Allah.. Permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Berilah aq kesabaran Ya Allah.." Tanpa aq sedar, aq telah mengeluh dalam berbicara.. Aq mengeluh kepada Robb pemberi rezeki..Aq mengeluh kepada Robb yg memberi aq peluang utk bernafas hingga hari ini..Aq mengeluh kepada Robb yg mengawal putaran siang dan malam..Aq mengeluh kepada Robb yg menciptakan alam ini..
Allah..betapa lemahnya iman aq tika ini..Dengan ujian yg sangat kecil ini, kesabaranku sudah mula goyah!! Air mata mengalir ke pipi.."Ya Allah..bantulah aq..bantulah aq..bantulah aq....Permudahkanlah segala urusanku.." 
Tanpa aq sedar, aq terlelap. Mungkin kerana keletihan..Beberapa minit kemudian, aq terjaga. Alhamdulillah belum isyak. Aq kembali ke laptop yg tidak ditutup sajak tadi. "Perjuangan mesti diteruskan.." Dengan harapan segala hasil kerja2 ku x hilang, aq mulakan dengan "bismillah.."
Alhamdulillah..laptop berfungsi degan baik selepas beberapa minit Allah rehatkan fikiran ku.. :') Kesemua hasil2 kerja yg aq lakukan x terusik..Selepas melakukan beberapa 'final touch up', aq terus 'save' hasil kerja tersebut dalam format adobe dan JPEG. Alhamdulillah..Kau terima doaku Ya Allah..Solat isyak berjemaahku terasa pilu..Baru aq sedar betapa lemahnya iman aq saat diuji. Dan lebih pilu lagi bilamana aq sedar bahawa ujian yg Allah turunkan kepdaku baru tahap 'menjentik' sahaja. "Ya Allah.. jgnlah Kau bebankan ke atas ku, bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan ke atas orang2 yg terdahulu daripadaku.." Air mataku sekali lagi mengalir.."Ampunkan aq Ya Allah..Ampunkan segala perkataan yg pernah aq ungkapkan ketika aq lemah. Kerana sedikit sahaja ujian-Mu telah menyebabkan aq lupa nikmat yg telah Engkau beri kpd ku yg jauh lagi besar daripada ujian itu. Ampunkan aq Ya Allah..Ampunkan Aq Ya Rahman..Ampunkan aq Ya Rahim..Hanya kepada-Mu lah aq sembah dan hanya kepada-Mu lah aq memohon pertolongan.."~
Lepas solat isyak tadi, mak terus keluar dengan adik untuk hantar design banner tersebut..
Alhamdulillah..sempat.. Terima kasih Ya Allah.. :')


SEMOGA MEMBERI MANFAAT DAN PENGAJARAN KEPADA SESIAPA YG MEMBACA~Jzkk~ (^_^)
#Semoga Allah merahmati kamu semua~ InsyaAllah~ :)